4 Feb. – Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) yakin Bank Dunia akan menyenaraikan Malaysia di dalam kumpulan 10 negara terbaik daripada segi mudahnya berurus niaga.
Ahli jawatankuasa Pemudah, Tan Sri T. Gnanalingam berkata, kedudukan Malaysia di tahap terbaik itu dijangka dicapai pada tahun depan.
Menurutnya, ramalan Pemudah tentang Malaysia mencapai kedudukan itu sebelum ini adalah pada tahun 2010.
‘‘Kami yakin, kedudukan itu dapat direalisasikan pada tahun depan kerana kecekapan dalam perkhidmatan kerajaan, termasuk kerenah birokrasi dalam sektor awam telah dapat dikurangkan dan membawa banyak perubahan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.
Gnanalingam berkata, melalui penarafan ke tahap terbaik itu, ia akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang diidami oleh pelabur kerana pengurusan melabur atau urusan membuka perniagaan baru telah dipermudahkan.
Menurut beliau, buat masa ini, New Zealand berada di tangga teratas, diikuti dengan Singapura daripada aspek negara yang mudah untuk menjalankan perniagaan.
‘‘Malaysia memiliki kelebihan yang lebih baik daripada negara-negara lain kerana kita memiliki pelabuhan, lapangan terbang dan jalan raya yang terbaik.
‘‘Kita juga memiliki sistem telekomunikasi dan tenaga yang mencukupi yang boleh menjadikan kita lebih kompetitif daripada negara lain,’’ jelasnya.
Monday, February 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment