31 Jan. 2008– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga 15 Januari lalu meningkat RM9.7 bilion atau 2.89 peratus kepada RM345.4 bilion berbanding RM335.7 bilion pada 31 Disember 2007.
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu telah mengambil kira pengurangan nilai rizab disebabkan penilaian semula suku tahunan, berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan mata wang utama pada suku keempat.
“ Kedudukan rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan adalah 6.1 kali ganda berbanding hutang luar negara jangka pendek,” kata kenyataan tersebut.
Dalam satu kenyataan berasingan, BNM berkata, bekalan wang mengembang pada bulan Disember, dengan wang secara luas (M3) meningkat sebanyak RM24.4 bilion atau 9.5 peratus berbanding Disember 2006.
“Peningkatan M3 didorong oleh pengeluaran deposit oleh kerajaan untuk membiayai perbelanjaannya dan pegangan aset asing yang lebih besar oleh sektor perbankan.
Menurut BNM, pada bulan tersebut pembiayaan kasar kepada sektor swasta lebih tinggi dengan ketara pada RM70.5 bilion, mencerminkan terbitan sekuriti hutang swasta yang besar dalam sektor telekomunikasi.
Selain itu, permodalan sistem perbankan terus kukuh bagi Disember 2007 dengan nisbah modal wajaran risiko (RWCR) pada 13 peratus, sementara nisbah pinjaman tak berbayar (NPL) bersih terus menurun kepada 3.2 peratus.
Thursday, January 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment