KESAN krisis bahan makanan ruji di peringkat global mula dirasakan di negara ini apabila harga barangan keperluan seperti beras dan tepung naik mendadak.
Biarpun bekalan bahan makanan utama masih mudah diperoleh baik di kedai-kedai runcit mahupun di pasar raya besar, namun harga yang tinggi sedikit sebanyak mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat.
Tidak mustahil bermula dengan kenaikan harga, sebulan dua lagi rakyat akan berhadapan pula dengan masalah kekurangan bekalan bahan makanan.
Ia boleh terjadi bukan disebabkan bekalan habis sebaliknya tindakan peniaga dan pemborong menyorokkan barangan keperluan sementara menunggu peluang harga dinaikkan.
Begitu juga dengan kegiatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyeludup bekalan bahan makanan utama seperti beras ke negara jiran.
Kesemua keadaan itu boleh berlaku kerana negara masih bergantung kepada negara lain untuk membekalkan bahan makanan utama.
Sedangkan harga bahan tersebut di pasaran antarabangsa semakin meningkat dan kita tidak ada pilihan selain terpaksa membeli dengan harga yang tinggi.
Langkah kerajaan mengumumkan peruntukan segera RM4 bilion bagi menjamin bekalan makanan mencukupi untuk rakyat selari dengan usaha untuk memenuhi keperluan makanan sendiri sebanyak 100 peratus.
Sudah tiba masanya kerajaan dan rakyat bersungguh-sungguh menyegerakan usaha tersebut bagi mengelak kita terjebak secara keterlaluan dalam krisis seumpama itu.
Usaha kerajaan menyediakan peruntukan sebesar itu mesti disahut oleh rakyat dengan cara melibatkan diri secara serius dalam bidang pertanian.
Tidak ada gunanya kawasan baru pertanian dibuka tetapi penyertaan penduduk setempat untuk mengusahakan tanah tersebut tidak memberangsangkan.
Atau jika pun ada yang berminat tetapi tiada kesungguhan untuk mengusahakannya menyebabkan projek-projek yang diharapkan terbengkalai.
Begitu juga dengan pemberian subsidi bagi pengeluaran makanan mesti dimanfaatkan sepenuhnya supaya negara dapat memenuhi keperluan makanan sendiri.
Penggantungan kepada bekalan bahan makanan dari negara lain menyebabkan kita terpaksa menerima apa sahaja harga yang ditetapkan bagi mengelak rakyat kebuluran.
Namun langkah seumpama itu juga tidak akan bertahan lama kerana apabila harga terpaksa dinaikkan, rakyat tidak berupaya untuk membelinya.
Oleh itu setiap peluang serta sokongan kerajaan ke arah meningkatkan pengeluaran bahan makanan sendiri mesti disahut oleh rakyat.
Peruntukan RM4 bilion itu amat besar jumlahnya dan kegagalan memanfaatkan kemudahan tersebut akan merugikan negara dan rakyat sendiri.
STOK PENIMPAL TANGANI KRISIS BEKALAN MAKANAN
Dalam perkembangan semasa, negara berdepan dengan krisis harga dan bekalan dalam industri padi dan beras.
Selain penubuhan Majlis Harga Negara, kerajaan menerusi Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi pada dasarnya telah bersetuju mewujudkan stok penimbal beras bagi menangani krisis bekalan beras.
Dari segi produk makanan, tahap sara diri komoditi makanan yang tidak mencukupi pada hari ini ialah beras (72 peratus), sayur-sayuran (74 peratus), perikanan (91 peratus), daging lembu (23 peratus), daging kambing (8 peratus), dan susu (5 peratus).
Bekalan yang tidak mencukupi itu akan diimport. Pada tahun 2005, import beras adalah hampir RM700 juta, susu dan krim (RM1.1 bilion), gandum (RM1.1 bilion), jagung (RM1.4 bilion), dan gula daripada bit (RM1.1 bilion).
Ringkasnya negara adalah pengimport bersih makanan. Jika berlaku krisis dalam negara pembekal, sudah pasti boleh mengakibatkan krisis inflasi dan bekalan barang makanan.
Tahap komoditi makanan yang melebihi daripada mencukupi ialah buah-buahan (117 peratus), daging ayam itik (121 peratus), telur (113 peratus) dan daging khinzir (107 peratus).
Skim stok penimbal makanan ialah istilah ekonomi yang menjadi penampan kepada jurang permintaan dan bekalan komoditi makanan.
Skim itu juga dapat menstabilkan harga komoditi makanan di pasaran. Jika berlaku kekurangan bekalan di pasaran, kerajaan akan mengeluarkan simpanan bekalan itu dan menjualnya untuk menstabilkan harga barang itu.
Apabila berlaku lebihan pengeluaran, kerajaan akan membeli komoditi itu dan disimpan untuk memenuhi permintaan masa depan.
Krisis timbul apabila tidak ada bekalan yang mencukupi untuk menampung lebihan permintaan di pasaran. Ini yang berlaku sekarang ini kerana tahap import ke atas komoditi makanan adalah tinggi dan dicerminkan pula oleh ketidakcukupan tahap sara diri.
Idea stok penimbal makanan sebenar telah wujud pada zaman Nabi Yusof (a.s) berikutan krisis bekalan makanan di Mesir. Unjuran krisis itu berpunca daripada mimpi Firaun Mesir yang melihat tujuh ekor lembu gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus-kurus.
Krisis bekalan beras yang merupakan fenomena jangka pendek memerlukan penyelesaian jangka panjang.
Sehubungan itu, kerajaan telah merangka strategi jangka panjang untuk meningkatkan hasil makanan itu juga telah dirangka.
Dalam tempoh empat tahun ini, kerajaan menyasarkan peningkatan pengeluaran beras daripada 72 peratus kepada 90 peratus dengan meningkatkan bantuan infrastruktur, menyediakan kemudahan bekalan air, sistem saliran dan perparitan.
Rancangan jangka panjang itu memerlukan lebih daripada RM1 bilion dan dijangkakan para petani terbabit akan menerima bantuan dalam masa terdekat.
Monday, April 21, 2008
Sunday, April 20, 2008
Menangani krisis makanan global
Pemanasan global, tumpuan biofuel jejas bekalan punca kenaikan hargaKRISIS makanan dunia kini sudah sampai ke tahap kecemasan.
Inilah kenyataan dan amaran yang dikeluarkan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, beberapa hari lalu. Krisis ini sudah meningkatkan kebimbangan global apabila pengeluaran beberapa jenis tanaman kontan seperti gandum, jagung dan beras susut secara mendadak di negara pengeluar utama. Beberapa negara Asia turut merasainya meskipun kebanyakan mereka adalah negara pengeluar beras utama dunia.
Keadaan ini memaksa Kerajaan Thailand dan Filipina mengeluarkan stok simpanan beras negara untuk diagihkan kepada rakyatnya. Di Indonesia, keadaan menjadi gawat apabila negara itu terpaksa bergelut dengan kenaikan harga barang seperti gula, gandum dan minyak masak sehingga memberi tekanan kepada kehidupan rakyatnya.
Negara Arab juga tidak terlepas daripada krisis ini. Mereka berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan terutama harga gandum yang naik dua kali ganda sejak enam bulan lalu. Yaman, negara Arab yang dianggap paling miskin berdepan dengan kenaikan harga barang sehingga 20 peratus.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) yang bertanggungjawab memantau keperluan makanan dunia bimbang krisis global ini memungkinkan berlakunya lebih banyak rusuhan terutama di negara miskin. Protes keganasan sudah pun berlaku di beberapa negara seperti Haiti, Cameroon, Mesir, Argentina, Mexico, Senegal dan Burkina Faso.
Program Pemakanan Sedunia (WFP) sebuah organisasi yang mengurus bantuan kepada pelarian turut bimbang kenaikan harga barangan yang berterusan akan menjejaskan usaha mereka membantu kira-kira empat juta pelarian rakyat Iraq, Yaman, Palestin dan Mesir.
Keadaan menjadi semakin gawat apabila beberapa negara pengeluar mengambil tindakan menghentikan eksport makanan bijiran mereka ke negara lain. Mesir sudah mula menghentikan eksport beras mereka bagi memastikan bekalan domestiknya kekal pada harga murah, di samping memastikan rakyatnya tidak berdepan krisis kekurangan makanan.
Ban melihat krisis makanan global boleh mengancam usaha badan dunia itu, khususnya dalam kempen memerangi kelaparan kemiskinan sejagat. Ada kira-kira 854 juta penduduk dunia yang kelaparan dan bilangan itu bertambah empat juta orang, setiap tahun.
Untuk menangani krisis kekurangan makanan, beliau meminta masyarakat antarabangsa bertindak segera secara bersepadu supaya ia tidak membawa kepada kesan lebih parah yang boleh mengancam politik dan keselamatan dunia.
Setiausaha Agung PBB itu mencadangkan langkah kecemasan jangka pendek perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan makanan yang mendesak di samping melaksanakan tindakan jangka panjang bagi meningkatkan pengeluaran bijirin. Usaha ini dilihat amat mendesak bagi mengelak berlakunya kebuluran di banyak rantau di dunia.
Bolehkah masyarakat antarabangsa mengotakan janji untuk menyumbang bantuan kewangan bagi menangani masalah harga makanan yang semakin meningkat ketika ini? Setakat ini Amerika Syarikat (AS), sudah menghulur bantuan kecemasan sebanyak AS$200 juta (RM640 juta) bagi membantu negara yang mengalami kenaikan harga makanan. Bantuan ini dikeluarkan AS daripada rizab makanannya yang dikenali sebagai Dana Amanah Kemanusiaan Bill Emerson.
Bantuan yang dihulurkan AS itu bertujuan membantu memenuhi keperluan makanan penduduk di negara Afrika dan rantau lain untuk tempoh masa yang pendek. Bantuan AS itu juga bertujuan mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi ke atas program bantuan makanan kecemasan AS. Perkembangan semasa menunjukkan harga makanan dunia meningkat sebanyak 40 peratus dan kadar simpanan makanan kini pada tahap terendah.
Di antara punca peningkatan harga barang makanan dunia adalah kesan daripada lemahnya ekonomi dunia berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah. Kini minyak mentah mencecah AS$110.87 (RM349.24) setong dan dijangka mencecah harga tertinggi iaitu sehingga AS$118 (RM371.70) setong.
Ketua Pengarah FAO, Jacque Diouf pernah menyatakan kepada akhbar Telegraph bahawa peningkatan harga minyak dan harga makanan dunia bakal mengundang krisis sosial yang teruk pada masa depan. Kenaikan harga minyak mentah yang tinggi ini memaksa negara maju seperti AS dan Australia membeli bahan bijirin seperti gandum, jagung dan soya dengan harga tinggi untuk penyelidikan biofuel. Langkah negara maju ini memburukkan lagi krisis kekurangan bekalan makanan terutama di negara miskin.
Selain itu, perubahan iklim dunia turut menjejaskan pengeluaran bahan makanan di beberapa tempat sehingga menyebabkan kenaikan harga makanan yang mendadak. Perubahan iklim disebabkan pemanasan global mula dirasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perubahan ini menyebabkan beberapa wilayah tanaman gandum di Kanada menjadi kering-kontang.
Cuaca yang tidak menentu juga turut menjejaskan pengeluaran gandum. Beberapa negara Asia sudah mula merasai masalah kekurangan bekalan makanan ruji. Begitu juga di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan India. Pemanasan global memberi impak kepada perubahan geografi seperti daratan, tumbuhan, haiwan dan sumber air serta habitatnya. Semuanya dilihat semakin susut dan mengancam manusia.
Bencana alam yang berlaku saban hari di kebanyakan tempat di dunia. Tahun lalu WFP melaporkan 57 negara termasuk 29 di Afrika, 19 di Asia dan sembilan di Amerika Latin dilanda banjir buruk yang menjejaskan sumber makanan. Laporan itu turut menyatakan bahawa kemarau dan bahang panas di Asia, Eropah, China, Sudan, Mozambique dan Uruguay adalah sebahagian daripada bencana yang boleh menjejaskan pengeluaran makanan dunia. PBB turut mendedahkan hasil pertanian dan ternakan terus susut berbanding kepesatan penduduk.
Pertambahan penduduk dunia dalam masa 50 tahun meningkat daripada tiga bilion orang (1957) kepada 9.5 bilion orang (2007). Peningkatan ini tidak seimbang dengan hakikat sumber makanan yang semakin berkurangan. Laporan FAO menyebut keluasan tanah bagi setiap orang semakin mengecil atau susut iaitu daripada 0.38 hektar pada 1970 kepada 0.23 hektar pada 2000 dan cuma 0.15 hektar pada 2050. FAO mendakwa, 30 peratus ternakan dan 75 peratus hasil pertanian pelbagai genetik sudah pupus. Persoalannya mampukah dalam tempoh terdekat PBB mencari jalan untuk menangani masalah global ini? Dapatkah PBB memastikan bantuan kecemasan AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada WFP diperoleh selewat-lewatnya 1 Mei ini?
Ini memerlukan tindakan segera yang harus dilakukan Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick tetapi ramai mengetahui bahawa Bank Dunia sering dipengaruhi oleh agenda tertentu. Persoalan lain ialah apakah krisis global ini ada kaitannya dengan kezaliman, penindasan, kekufuran dan ketidakadilan yang semakin berleluasa dalam masyarakat antarabangsa hari ini sehingga mengundang bala dari Allah SWT? Sama-samalah kita renungkan dan ia terpulang kepada akidah dan kepercayaan masing-masing.

Thursday, April 3, 2008
Rantau Asia bebas risiko krisis kewangan - 3.4.2008
Pegawai IMF yakin dasar kewangan, asas pasaran masih kukuh RANTAU
Asia tidak berdepan risiko menghadapi satu lagi krisis kewangan seperti yang dihadapi pada 1997, kata seorang pegawai kanan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).
Timbalan Pengarah (Jabatan Asia Pasifik) badan dunia itu, Daniel Citrin, berkata situasi ketika ini adalah sama sekali berbeza daripada apa yang berlaku 11 tahun lalu. Beliau berkata, dasar kewangan, asas pasaran dan situasi fiskal di rantau ini adalah kukuh dengan hanya pendedahan kecil terhadap krisis subprima di Amerika Syarikat (AS).
"Bank di Asia kurang terdedah kepada masalah subprima AS dan keadaannya tidaklah seteruk berbanding di AS," katanya kepada pemberita di luar mesyuarat tidak rasmi Menteri Kewangan Asean + 3 dan Timbalan Gabenor Bank Pusat di Danang, Vietnam semalam.
Bagaimanapun, Citrin berkata, kemelesetan ekonomi di AS dan ekonomi utama lain seperti Eropah dan Jepun tentunya memberikan sedikit kesan kepada rantau ini. "Ada tanda-tanda berlakunya kelembapan di sesetengah bahagian dunia. Memang ada kesannya, rantau ini tetap terdedah tetapi tidak seperti pada 1997," katanya.
Krisis kewangan Asia 1997 berlaku pada Julai tahun itu, bermula dengan penurunan nilai baht di Thailand sebelum merebak ke negara Asia Tenggara lain, termasuk Malaysia, Indonesia dan Filipina dan akhirnya melanda Korea Selatan, Hong Kong dan China.
Citrin berkata, tidak seperti pada 1997, negara di Asia sekarang ini mempunyai dasar fiskal yang lebih baik dengan pertumbuhan yang kukuh tetapi IMF lebih bimbang mengenai peningkatan inflasi.
Beliau berkata, IMF akan mengeluarkan unjuran pertumbuhan terkininya bagi 2008 dalam tempoh dua minggu lagi. Sementara itu, Bank Pembangunan Asia (ADB) dalam laporan Tinjauan Masa Depan Perkembangan Asia 2008, berkata, negara sedang membangun di Asia akan mencatatkan pertumbuhan mantap tahun ini di sebalik kemerosotan ekonomi di negara industri utama.
Katanya, bagi Malaysia, ekonominya diunjurkan mencatatkan pertumbuhan 5.4 peratus tahun ini, rendah sedikit berbanding 6.3 peratus tahun lalu sebelum meningkat kepada 5.9 peratus pada 2009. ADB berkata, di sebalik penurunan dalam ekonomi utama, kenaikan harga makanan dan bahan bakar dan krisis kredit semakin hangat di AS, ia mengunjurkan ekonomi negara Asia yang sedang berkembang secara puratanya akan tumbuh 7.6 peratus tahun ini dan 7.8 peratus tahun depan.
Tahun lalu, rantau ini mencatatkan pertumbuhan paling tingginya sejak hampir dua dekad lalu pada purata 8.7 peratus. "Asia tidak kebal daripada kemerosotan global dan ia juga tidak akan terperangkap kepadanya," kata Ketua Pakar Ekonomi ADB, Ifzal Ali.
Beliau berkata, keadaan dasar yang baik dan pertumbuhan produktiviti yang menarik serta pemodenan ekonomi dan pembaharuan struktur akan terus mengekalkan rantau ini dalam landasan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Bernama

Subscribe to:
Posts (Atom)