Thursday, January 31, 2008

Bursa Malaysia rekod untung bersih RM240j

31 Jan. – Bursa Malaysia merekodkan peningkatan untung bersih sebanyak 123 peratus kepada RM240.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007, berbanding sebanyak RM108.1 juta pada tahun 2006.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, peningkatan keuntungan itu adalah berikutan prestasi memberangsangkan pasaran saham dan derivatif pada tahun lalu.
Beliau berkata, ekoran pencapaian cemerlang itu, Lembaga Pengarah Bursa Malaysia mencadangkan pembayaran dividen kasar akhir sebanyak 25 sen sesaham.
“Cadangan pembayaran dividen ini menggambarkan komitmen Bursa Malaysia dalam memberi pulangan dan nilai tinggi kepada pemegang saham.
“Jika diambil kira cadangan pembayaran ini, keseluruhan dividen kepada pemegang saham Bursa Malaysia pada tahun 2007 adalah sebanyak 85 sen, meningkat 56 peratus berbanding tahun sebelumnya,” kata Yusli dalam satu taklimat kepada media bagi mengumumkan keputusan kewangan syarikat tersebut, di sini hari ini.
Katanya, untung sebelum cukai Bursa Malaysia melonjak kepada RM319 juta dalam tempoh yang sama, daripada RM152.9 juta pada tahun sebelumnya, sementara pendapatan kendalian berkembang sebanyak 69 peratus kepada RM443.1 juta daripada RM262.1 juta pada 2006.
Hasil operasi syarikat juga meningkat sebanyak 69 peratus kepada RM443.1 juta berbanding RM262.1 juta pada tahun 2006, katanya.
“Hasil urus niaga daripada pasaran saham dan derivatif masing-masing merekod peningkatan 100 peratus dan 35 peratus berikutan aktiviti dagangan yang lebih tinggi sehingga purata dagangan harian mencecah RM2.3 bilion sehari pada 2007, berbanding hanya RM1.1 bilion pada 2006,” katanya.
Mengulas lanjut berhubung prestasi kewangan Bursa Malaysia, Yusli berkata, pihaknya berjaya melepasi sasaran indeks prestasi utama (KPI) bagi tahun 2007 dari segi pulangan ke atas ekuiti (ROE), hala tuju dan pertumbuhan dalam bilangan kontrak-kontrak derivatif.
“Dari segi pulangan ke atas ekuiti (ROE) Bursa Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 30.3 peratus, berbanding sasaran KPI iaitu sebanyak 16.8 peratus dan lebih tinggi berbanding pencapaian 12.8 peratus pada tahun 2006,’’ tambah beliau.


SASAR DAGANGAN RM2.806 BILION SEHARI

Bursa Malaysia Bhd. menetap sasaran purata nilai dagangan harian pasaran saham tempatan akan meningkat kepada RM2.806 bilion sehari pada tahun ini, naik 22 peratus berbanding RM2.3 bilion yang dicatat pada tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, peningkatan itu mewakili sasaran peningkatan halaju sebanyak 56 peratus bagi pasaran ekuiti.
“ Meskipun ekonomi global lembab pada masa ini, pasaran Malaysia masih lagi berdaya tahan dan keupayaan mencatat peningkatan tinggi sejajar dengan asas-asas kukuh ekonomi negara,” kata Yusli pada taklimat media mengumumkan keputusan kewangan Bursa Malaysia bagi tahun 2007, di sini hari ini.
Menurut Yusli, pasaran saham tempatan telah mencapai tahap kematangan dan berupaya untuk menarik kemasukan dana-dana asing.
“Jika diambil kira perkembangan positif lain di dalam negara seperti langkah suntikan dana, dasar fiskal serta pencapaian kewangan syarikat yang kukuh, kita mempunyai keupayaan untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang,” tambahnya.
Pihaknya juga yakin dengan peluang-peluang di pasaran tempatan dan berharap dapat melengkapkannya dengan sistem, produk serta inisiatif baru bagi meningkatkan kerancakan dan mudah tunai pasaran, kata beliau.
Yusli berkata, Bursa Malaysia akan memberi tumpuan kepada mengembangkan pasaran runcit dan derivatifnya pada masa depan.
“Penyertaan runcit dalam pasaran ekuiti kita telah meningkat kepada 37 peratus pada tahun 2007 berbanding 34 peratus pada tahun 2006.
“Namun begitu masih lagi terdapat banyak peluang yang belum diceburi untuk terus menarik segmen ini bagi menjadikan pasaran saham sebagai pilihan utama pelaburan,” katanya.
Mengenai pasaran derivatif, Yusli berkata jumlah dagangan yang tinggi mencerminkan minat yang mapan di pasaran dan pihaknya akan memanfaat peningkatan tersebut untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang lebih menarik.

Rizab BNM naik RM9.7 bilion

31 Jan. 2008– Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga 15 Januari lalu meningkat RM9.7 bilion atau 2.89 peratus kepada RM345.4 bilion berbanding RM335.7 bilion pada 31 Disember 2007.
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu telah mengambil kira pengurangan nilai rizab disebabkan penilaian semula suku tahunan, berikutan pengukuhan ringgit berbanding dengan mata wang utama pada suku keempat.
“ Kedudukan rizab ini memadai untuk membiayai 8.8 bulan import tertangguh dan adalah 6.1 kali ganda berbanding hutang luar negara jangka pendek,” kata kenyataan tersebut.
Dalam satu kenyataan berasingan, BNM berkata, bekalan wang mengembang pada bulan Disember, dengan wang secara luas (M3) meningkat sebanyak RM24.4 bilion atau 9.5 peratus berbanding Disember 2006.
“Peningkatan M3 didorong oleh pengeluaran deposit oleh kerajaan untuk membiayai perbelanjaannya dan pegangan aset asing yang lebih besar oleh sektor perbankan.
Menurut BNM, pada bulan tersebut pembiayaan kasar kepada sektor swasta lebih tinggi dengan ketara pada RM70.5 bilion, mencerminkan terbitan sekuriti hutang swasta yang besar dalam sektor telekomunikasi.
Selain itu, permodalan sistem perbankan terus kukuh bagi Disember 2007 dengan nisbah modal wajaran risiko (RWCR) pada 13 peratus, sementara nisbah pinjaman tak berbayar (NPL) bersih terus menurun kepada 3.2 peratus.

Kestabilan negara yakinkan pelabur - PM

31 Jan. 2008- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin pelabur-pelabur asing akan terus memilih Malaysia berikutan asas-asas ekonomi negara yang baik.

Perdana Menteri berkata, keadaan Malaysia yang stabil dan aman memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa mereka akan memperoleh pulangan yang baik.

Beliau berkata, dalam hubungan ini adalah menjadi dasar dan pendekatan kerajaan untuk memudahkan pelaksanaan sesuatu urusan dan bukan menyusahkan pelabur asing.
''Pelabur asing juga akan terus memilih negara ini kerana kestabilan, keamanan dan sokongan kerajaan dalam memberi semua kemudahan yang perlu untuk melabur kepada sektor swasta.
''Kerajaan juga sentiasa mesra dengan sektor swasta,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pusat beli-belah bertaraf dunia Pavilion Kuala Lumpur di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.
Abdullah menambah, undang-undang yang berkesan turut memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa pelaburan mereka dilindungi dengan baik di negara ini.

''Kos hidup juga rendah dan cara hidup yang selesa di negara ini juga menyebabkan warga asing gembira untuk berada di Malaysia,'' katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan pelabur dari Asia Barat akan terus mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan untuk melabur di Malaysia.

Pavilion Kuala Lumpur dimajukan oleh gabungan pelaburan syarikat tempatan, Syarikat Urusharta Cemerlang Sdn. Bhd. dan Kuwait Finance House serta Qatar Investment Authority.
Kompleks perniagaan tujuh tingkat itu menempatkan 450 kedai dengan 20 peratus penyewa menjual pelbagai barangan jenama antarabangsa.

Wednesday, January 30, 2008

MAS boleh untung tahunan RM1.5b menjelang 2012

Aspirasi Malaysian Airline System Bhd (MAS) dalam Rancangan Transformasi Perniagaan (BTP2) akan menepati sasarannya jika ia mencapai keuntungan tahunan sebanyak RM400 hingga RM550 juta tahun ini.

Dalam satu kenyataannya kepada Bursa Malaysia di sini hari ini, MAS berkata, di bawah BTP2 itu, ia berhasrat menjadi Syarikat Penerbangan Nilai Lima Bintang (FSVC) Dunia bagi menyediakan produk dan perkhidmatan pada harga termampu dinikmati.

Ia berkata, pencapaian itu akan dianggap “luar biasa” jika keuntungannya mencecah RM551-RM650 juta dan “cemerlang” jika ia mencecah RM651-RM1 bilion.

“Kami percaya jika kami menyasarkan yang terbaik dan berusaha sedaya upaya, kami boleh mencapai keuntungan tahunan sebanyak RM1.5 bilion menjelang 2012 meskipun selepas mengambil kira cabaran-cabaran dalam industri seperti lebihan kapasiti, pelonggaran lalu lintas udara dan kos bahan api yang semakin meningkat,” katanya.

MAS berkata, faedah nencapai status FSVC ialah ibarat membina kapal yang boleh mengharungi gelora paling buruk.

“Jika tahap lebihan kapasiti dan liberalisasi itu kurang daripada yang dijangkakan, ada kemungkinan kami mencapai keuntungan yang lebih tinggi lagi, iaitu di antara RM2 bilion dan RM3 bilion setahun.

“FSVC adalah laluan MAS menuju kelangsungan hidup dan kejayaan jangka panjang. Keupayaan MAS melaksanakan strategi FSVC ini merupakan titik-tolak untuk mengembangkan syarikat penerbangan itu menjadi juara dunia. MAS boleh melakukannya, dan akan melakukannya,” tegas syarikat itu.

MAS berkata, syarikat itu amat berhasrat untuk terus menepati malah melebihi sasaran yang ditetapkan dalam Indeks Prestasi Utamanya. Syarikat itu berkata, kebimbangan utamanya ialah lebihan kapasiti.

“Berdasarkan anggaran industri, lebih 400 pesawat baru memenuhi ruang angkasa Asia Pasifik, India dan Asia Barat pada 2007, dan lebih 400 lagi dijangka dalam 2008.

“Fenomena pertumbuhan tanpa sekatan ini akan menambah kesengitan persaingan dalam pasaran, dan menghakis margin keuntungan dan pulangan MAS,” katanya.

– Bernama UM 31/1/08

Tuesday, January 29, 2008

Malaysian auto sales static in 2007: industry

Malaysia's vehicles sales were static in 2007, as stringent loan approvals and lower used car prices crimped growth, the Malaysian Automotive Association said Tuesday.

Total vehicle sales rose just 0.7 percent to 487,176 units and passenger car sales, which represent 91 percent of the total, slipped 0.7 percent to 442,885 units, the industry body said.
However, car sales in December jumped 15.4 percent to 42,244 units from a year earlier as better consumer sentiment, aggressive new model launches and orders from the government boosted sales, it said.

"The positive sales trend since June 2007 would continue to spill over to 2008 as market conditions and consumer sentiment are favourable," said MAA president Aishah Ahmad.
The association, which groups vehicle assemblers, manufacturers and distributors, predicted sales would rise by 4.7 percent in 2008.

However, it also warned that a potential hike in fuel prices and rising inflation could derail that target.

Agence France-Presse - 1/29/2008 10:40 AM

Malaysia launches Borneo development project

Malaysia on Tuesday launched a major development project to spur growth in its largest state, Sabah on Borneo island, which is resource-rich but lags behind the rest of the nation.

The economic masterplan, which aims to bring some 105 billion ringgit (32.4 billion dollars) in investment, is the fourth in a series of five designed to spur investment in Malaysia's regions.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi said in the state capital Kota Kinabalu that the Sabah Development Corridor initiative is aimed at eradicating poverty there by 2025.

He said the 18-year project would transform Sabah by encouraging tourism, trade and investment, and promoting it as a "technology-savvy" region.

"Sabah, with its natural resources, has immense potential given by Allah and should be exploited so that the people do not live in poverty," he said according to the state Bernama news agency.
The initiative aims to create 900,000 new jobs over its 18-year span, and boost tourism receipts from 2.88 billion ringgit (1.9 billion dollars) in 2006 to 8.0 billion ringgit by 2012 and 4.85 billion ringgit by 2025.

Most of the targeted investment is to come from the private sector, but the government has kicked in an initial 5.0 billion ringgit.

Sabah has a large number of tourist attractions including Southeast Asia's highest peak Mt. Kinabalu, orangutan sanctuaries and the world-famous Sipadan diving resort.

It is also rich in oil and gas, and has vast oil palm plantations and logging concessions.
The government, which is gearing up for general elections expected to be held in March, has already launched three big-spending master plans for peninsular Malaysia.

The Eastern Coast Economic Corridor (ECER), is a 12-year plan designed to attract 33 billion dollars worth of investment for predominantly rural states.

The 51 billion dollar Northern Corridor Economic Region master plan is focused on rejuvenating the northern states of Perlis, Kedah, Penang and Perak over the next 18 years.

And the Iskandar Development Region in southern Johor state aims to capitalise on its proximity with neighbouring Singapore and turn the region into a new Asian metropolis.
The remaining development plan is for Sarawak state, which is also on Malaysia's

Thursday, January 24, 2008

Rakyat mesti bantu kawal harga barang

HARGA dan bekalan barang makanan utama seperti beras, tepung gandum, gula dan minyak masak menjadi isu sehingga satu ketika bagaikan berlaku krisis bekalan gara-gara langkah peniaga yang sengaja menyimpan stok dengan niat mahu menaikkan harga. Memang di mana-mana negara yang membuka ekonominya, sejajar keperluan globalisasi, menghadapi tekanan apabila berlaku kenaikan harga minyak antarabangsa. Keadaan ini secara langsung meningkatkan tekanan harga terhadap harga barang keperluan di pasaran tempatan, berikutan peningkatan kadar inflasi yang meliputi empat perkara iaitu barang makanan, tenaga, pengangkutan dan sewa. Soal harga adalah juga berkaitan dengan bekalan dan pengedaran serta kos input. Oleh itu, isu inflasi perlu diteliti secara komprehensif dan strategi mengawalnya juga perlu menyeluruh dan meliputi aspek berkenaan. Berdasarkan hakikat ini, Kabinet pada 9 Januari lalu meluluskan penubuhan Majlis Harga Negara (MHN), yang dipengerusikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tanggungjawab MHN antara lain untuk memantau, menasihati dan menyelia dasar harga, struktur pasaran kompetitif, kecekapan dalam skim subsidi serta pencegahan terhadap ketidakadilan bagi pihak kerajaan. Majlis ini juga akan bertanggungjawab membendung pakatan sulit perdagangan yang menjejaskan bekalan dan harga barang keperluan serta perkhidmatan dengan memperluaskan bidang tugas Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-Barang Perlu. Dengan itu, kewujudan MHN adalah bagi memastikan harga barang keperluan dan kenaikannya sentiasa dibuat mengikut garis panduan kerajaan serta mengatasi masalah kekurangan bekalan secara lebih berkesan. Kelmarin, kerajaan mengumumkan tiga inisiatif bagi menjamin kestabilan harga, kecekapan sistem bekalan dan pengedaran barang pengguna, selaras penubuhan MHN itu. Inisiatif itu ialah mewujudkan Pusat Panggilan Kebangsaan, Stok Simpanan Kebangsaan dan Kumpulan Pakar bagi meneliti isu serta dasar berkaitan pengedaran, pengeluaran dan mekanisme penentuan harga. Pusat panggilan yang beroperasi 24 jam itu akan membolehkan pengguna membuat aduan berhubung masalah bekalan atau harga pelbagai barang keperluan supaya tindakan segera boleh diambil termasuk oleh unit penguat kuasa. Semua maklumat dan aduan yang diterima pusat panggilan itu disalurkan kepada Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atau kementerian lain yang berkaitan untuk tindakan susulan.
Semua langkah yang dilakukan itu diharap boleh mengawal kenaikan harga barang keperluan dalam keadaan tekanan harga minyak sedunia selain menutup peluang pihak ketiga mengaut keuntungan dengan mengeksploit keadaan. Malah, kewujudan stok simpanan akan memastikan bekalan barang sentiasa cukup dan harganya stabil. Langkah itu tepat pada masanya bagi menangani tekanan inflasi. Malah, negara kita tidak mungkin mencatatkan kadar inflasi sekitar dua peratus bagi Januari-November tahun lalu jika kerajaan tidak mengambil langkah proaktif dari semasa ke semasa berhubung pengurusan ekonomi negara. Langkah terbaru kerajaan mewujudkan MHN dan mengumumkan tiga inisiatif itu, sebenarnya kesinambungan kepada usaha komprehensif dan berorientasikan tindakan dalam mengawal harga barang dan memastikan bekalan mencukupi. Selepas ini, kita berharap penguatkuasaan terhadap tindak-tanduk peniaga dan kegiatan penyeludupan barang kawalan dipertingkatkan lagi bagi memastikan langkah itu memanfaat semua pihak.